Posts

kosong

Terasa kosong hingga tiada satu ayat yang mampu menggambaran perasaan  ingin terus lena dibuai mimpi namun alam mimpi juga penuh keji lantas harus ap lagi aku?? terus berjaga namun hampa atau terus terlena namun menyesakkan dada..?  

Sedar

Tatkala ini aku sedar sedar akan kehilangan sebenarnya diri aku lama aku melangkah menjadi insan lain tanpa sedikit pun memikirkan naluri sendiri dan pada dasarnya aku sakit terlalu sakit dengan segala yang sedang aku jalani aku rebah sendiri dan aku bangkit jua sendiri tanpa sesiapa disisi... saat aku sedar akan segala kelemahan aku sedayanya menyembunyikan agar tiada satupun manusia menyedari.

Ku Yakin DIA

atma ku tenggelam dalam duka ingin berteriak namun tiada bersuara kau hebat dalam lakonanmu sehingga aku tersungkur jatuh sayang... andainya aku titipkan coretan demi coretan bagaimana terhinanya rasa  mampukah kamu meleraikannya menjadi bahagia? atau hanya akan terbengkalai bagai perahu yang karam? cinta.... akankah derita ini menjadi bahagia? akankah rasa ini menjadi gembira? akankah bibir ini kembali menuturkan senyum penuh tawa? atau aku akan terus terjerumus bersama pilu atau akankah aku berbaring bersama derita memeluk hebat tanpa rasa bersalah? tiada lagi sandaran aku letakkan pada manusia hanya saja Allah yg esa kerna ku yakin, hanya Dia penyembuh segala kehancuran hanya Dia tempat aku melangitkan harap  agar tidak tenggelam ke lembah derita. 

CINTA SEJATI

Image
  my LOVE Mencintai kamu anugerah terindah seindah melayari nikmat syurga tiada kata mampu terungkapkan  hanya tulusan hati berbicara. sebuah damai milikmu meredupkan pandang meredakan amarah menenangkan gelisah meleburkan rasa  CINTA istimewanya tiada terbanding sentiasa mekar  selalu membahagiakan CINTA SEJATI

Rasa

sekeping hati mencoretkan berjuta rasa namun tiada kepandaian yang bisa menafsirnya rasa itu sebuah keunikkan yang hanya seketul darah merah yang mampu menggenggamnya tanpa ada bicara yang mampu menterjemahnya. terkadang terkesima disaat degup nadi melestarikan rasa itu kerana benak sukar mengolahnya hingga menjadi sebuah amanah fikiran memikirkan dasarnya sebuah rasa  rasa yang tersimpan.... rasa yang unik....